Buah Rukem adalah sejenis buah-buahan tumbuhan liar. Orang rungus menamakan buah ini sebagai buah "
rukom ". Satu masa dulu, buah ini tumbuh dibelakang kawasan rumah datuk saya. Pokoknya banyak dahan dan berduri. Buah ini boleh dimakan ketika belum masak atau mentah iaitu berwarna kehijauan. kadang-kadang kami memakan buah ini dengan mencampur dengan kicap,lada,garam.Sedap rasanya, cuma buahnya kelat bagi sesiapa yang belum pernah memakan buah ini. Apabila buah ini sudah masak ia berwarna kemerahan-merahan namun rasanya masih kelat bercampur sedikit manis. Buah ini berbiji dan berbuah mengikut musim.
Gambar diambil daripada :-
http://tarmiziblog.blogspot.com/2010/02/rukam-berduri.html
( Tumbuhan Obat dan sains )

Sumber gambar dan maklumat
http://catatankecil92.blogspot.com/2012/12/buah-rukambuah-asli-indonesia-yang.html
http://www.kidnesia.com/Kidnesia/Potret-Negeriku/Flona/Flora/Rukem-si-Buah-Langka
No comments:
Post a Comment